Sunday, October 14, 2012

Pahit Manis Di Kolej Matrikulasi Johor

                             Kolej Matrikulasi Johor Sesi 2011/2012





Orang kata, hidup kat matrik ni macam sardin. Sendat, mampat, ketat, padat, melekat ! hah amek kau. pakej jah oii. Tu baru satu. ada lagi orang kata, " masuk matrik ibarat menggali lubang kubur sendiri " cettt !! heii hahaha tak baiknya ! kan ada penggali kubur. biar dia yang gali lah. nanti dia takda kerja nak makan apa. ish ish ish.. MENTALITI MASYARAKAT MALAYSIA SANGAT SANGAT KRITIKAL !

Jujurnya pada aku, hidup kat matrik ni, MASA memang sardin.mampat gilaa. orang belaja 3 tahun tapi kami dipendekkan setahun sahaja, mahu tak sardin namanya? aku akui memang padat. nak buang air besar pun kadangkadang terlupa. ok melampau. umpamanya macam tu lah alahai. Dan, yang tang "menggali kubur sendiri " tuu memang betul, KALAU korang tak study.

Secara umumnya, aku bagi 4 bintang setengah setelah selama setahun aku di KMJ yang damai tu.. kenapa tak 5 bintang? sebab yang SETENGAH tu di-reject lantaran tutorial yang 24/7 non-stop, assignment berbakul, kuliah berkapal, program yang bersusun, kuiz dan test yang UNIK haha.

OK. dulu aku budak perakaunan. Tiada darah sains dalam badan ni. FYI haha. Praktikum (kelas) aku Kuliah 3 Akaun 23 (K3A23). yang uniknya, kelas aku ni SEMUA PEREMPUAN, PURE PEREMPUAN. Lecturer masa sem 1, seorang je lelaki. Masa sem 2, dua orang je. Yang lain semua perempuan. Roommates   pun perempuan. eh mestilah perempuan kan HAHA. adik beradik pun semua perempuan. hidup aku memang diselubungi wanita..hawa..oh !

(so, bilangan kawan kawan kaum Adam-ku memang amat terhad.err buat masa ni haha)

ehh teringat pula masa forum untuk Kemahiran Dinamika. FML -_- ehh but but but dapat nombor 2 tau haha.



1) Classmates K3A23


Ha..ni lah classmates aku. hihi aku sayangg sangat dengan anak anak aku nih. hahh depa panggil aku mummy. Ada jugak yang panggil mama. Sebab? faktor pertama, sebab aku nampak tua dan makcik makcik yang penyayang terhadap kanak kanak. ni cerita betul. faktor kedua, sebab aku ketua diorang haha jangan tanya aku canne aku boleh jadi ketua okbai. haha

Dari kiri belakang : Tika, Aika, Leha, Nisha, Wana, Tia.

Dari kiri duduk : HuiHui, Hana, Lina, Aku, Syaf, Tang

okay. alang alang tuu bia aku habaq la depa semua dapat sambung belajaq kat mana

Nur Atikah Binti A. Rahim (Tika)-------------- UiTM
Siti Aika Faten Binti Sahlan (Aika)------------- UKM
Salehah Adibah Binti Md Kamal (Leha)------- UUM
Aizatul Nisha Binti Abdul Rahman (Nisha)----- UniMAP
Ezatul Eirwana Binti Jamaluddin (Wana)------- SPA (beliau dapat UTM tapi menolak dengan cara baik)
Adearistia Binti Muhamad Hasan-------------- UKM
Lim Hui Zhen---------------------------------- UM
Hana Nadrah Binti Hamdan-------------------- UM
Irsalina Binti Isa-------------------------------- USM
Siti Nabihah Binti Md Sahak------------------- UPM
Nur Syafeeka Binti Zainudin------------------- UiTM
Tang Khai Kee-------------------------------- UUM

2) Roommates

Yang ni part yang paling aku suka. When I was in Matriculation, I spent my 80% of my entire life with my roommates. Romantikkan aku? NAMPAK TAK??!! HHAHA Roommates aku kat sini dulu 2 orang je. Aishah Bt Joari MS 23 ( Cajo) dengan Iwan Norziela ( Kak Iwan ) MT 10. Kenapa panggil ‘’ KAK ‘’ ? sebab dia student dua tahun. So dia kira seniorlah. Aku pula MA 23.
 FAKTA :
*MS : Modul Satu. Subjek yang diambil dan masuk pointer ialah Bio, Fizik, Kimia dan Math.
*MD : Modul Dua. Subjek yang diambil dan masuk poiter ialah Fizik, Kimia, Sc Comp dan Math.
*MT : Modul Tiga. Subjek yang diambil dan masuk pointer ialah Bio, Sc Computer, Kimia dan Math.
*MA : Modul Akaun. Subjek yang diambil dan masuk pointer ialah Akaun, Bisnes, Ekonomi dan Math.

ni Si Cajo dengan Chipmunk dia


Ni Kak Wan yang sangat comell




Roommates aku semua budak sains. Aku sorang je budak akaun so agak kepayahan yang amat terserlah bila nak study, then tak faham. Since aku seorang yang kedekut, err jimat actually. Aku sangat teramat tak suka call orang. Mesej? Aku manusia yang amat tak menyukai dok mesej orang sebenarnya. Haa Nampak tak bagaimana Bahasa Melayu aku hancur? BHAHAHA so memang problem jugak la. Memang aku takkan duduk bilik kalo aku tak faham certain topic tu. Dengan sesiapalah aku study. Ilmu Allah tuu luas kan? hihi Hikmah yang aku dapat ialah, Allah nak tengok sejauh mana aku berusaha dalam jihad yang setahun ni. Cett gila lah ayat guaa hahaha :3

Mula mula masa masuk matrik, roommates aku complete 4 orang. Tapi sorang tu pindah bilik member dia so tinggal kami bertiga sahaja. Kehidupan kami bertiga amat bahagia. Bergaduh, selisih faham tuu biasalahh,kan?

Ni antara penghuni-penghuni lain yang tinggal bersama kami. yang halus halus tak termasuk hahaha.
taknak spesifikkan yang mana satu kami punya. haha nanti kantoi karang.




My favourite part was when we were studying together till late night. Then went to toilet together since Cajo sangat pengecut nak p toilet malam malam. Bila ada problem, we share our problems together and give our opinion and some advices walaupun nasihat tuu kadang kadang macam longkang. But still berguna juga hahaha. Kitorang ponteng larian 1 Malaysia. Ehh tak sure larian apa. Tapi banyak jugak la program yang kitorang ponteng. Ponteng tu kami tidur dalam bilik, layan movie lah. Tapi paling baik mestila aku. Aku study tau walaupun ponteng program yang kolej buat HAHAHAH ok tipu. Pastu time makan samasama. Maklumlahh hidup bujang, kann so makan cikai cikai pun dah lebih dari 5 star BHAHAHA






Keadaan tempat aku sebelum final Sem 1. (sem 2 punya tidak boleh disiarkan lantaran ke-bersepahan-nya amat kritikal)




3 ) Suasana Kolej Matrikulasi Johor.
apa yang istimewanya KMJ nih? Entah. Aku tak tahu langsung masa awal awal masuk dulu. Tapi bila lama lama kat situ, banyakk sangat keistimewaan yang aku nampak.

Kelapa sawit

Gunung ganang

Padang

Langit

 Kabus ala ala di Londonn

Lecturer <3 nbsp="nbsp">
Lecturer kat KMJ memang sempoi, best, sporting gila!

Secara keseluruhannya, konklusi yang dapat aku simpulkan sepanjang aku kat matrik dulu ialah.. 


Manusia ibarat rubber band. kita takkan tahu kemampuan kita selagi kita belum cuba untuk cuba pergi lebih jauh. cuba try tarik rubber band tu. jauh, kan dia boleh pergi? hihi tapi kalau tarik rubber band over sangat boleh putus. kita jangan pula over seperti itu.

Be yourself, percaya pada kemampuan anda. Anda boleh.

You will never know it until you try it.


p.s- 
Kepada Encik Kolej Matrikulasi Johor, awak antara yang terbaik yang pernah saya ada. Walaupun kita selalu bergaduh dan tak sehaluan, awak kena tahu saya sayang awak. dan saya sangat merindui awak

Sincerely, Ex-Kolej Matrikulasi Johor Sesi 2011/2012

Monday, August 27, 2012

Kenapa Dengan Kordinasi Jari Ini?!

KENAPA? KENAPAAAA ok hari ni mood kuda tahap merah menyala muncul tiba tiba nak main main dengan blog ni semula. Kenapa dengan jari ini mahu menaip sahaja haishh anak remaja kini = =''

Kat Twitter itsbiha aku habaq 3 4 tahun aku tak usik blog ni. padahal baru 2 tahun je kwang kwang kwangggg ~~ Berbual gempak aptb tapi entah badai apa yang menimpa, ku sangka Facebook dan Twitter penghapus lara, rupanya blog ni juga yang terpana ewahh jadah BM ke laut. Banyak benda nak kena settle. buruk beno blog aku ni rupanya. berhabuk bersawang nate nih. nak p kemas kemas sat.



P.S - people change and these things happen :)